
...fikir dan renungkanlah..merancang masa depan bukannya mudah...
1) Dah submit notis penyerahan disertasi...maknanya...tinggal 2 bulan lebih saja lg untuk aku finalise disertasi. Semasa meeting pengesahan tajuk disertasi aku, ada salah seorang lecturer jabatan aku merangkap timbalan pengarah akademi mempertikaikan tajuk research aku. Tq kpd Pengarah Akademi dan lecturer lain yg memahami dan sgt positif terhadap kajian aku. Nak buat sesuatu yg baru mesti ada risiko kan...xpe...anggap sebagai cabaran!
.........................................
2) Dah berhenti kerja sebagai RA. Mula2 aku buat keputusan utk terus kerja walaupun syarat biasiswa tidak membenarkannya. Tapi, bos menyelamatkn aku dengan menukar gaji kpd honorarium. tapi, ada org yg lebih memerlukan jawatan RA itu. Aku lepaskan jawatan dan beri kpd yg lebih memerlukan. Tak baik tamak kan...org lain pun nak cari rezeki.
.........................................
3) Kena tulis sekurang-kurangnya satu artikel untuk ISI jurnal dgn kerjasama Supervisor aku. Katanya, Prof Datin Azizan juga akan menjadi penulis bersama. Aku cuba yg terbaik. Tapi, kalau mana2 jurnal tempatan yg sudi publish artikel aku itu sudahpun memadai. Tapi, kenalah cuba yg terbaik dulu kan...ISI jurnal! (ISI - International Scientific Index). Tajuk pun tak terfikir2 lagi...
......................................
4) Sem depan juga aku mula jadi tutor rasmi (sebelum ni tak rasmi ye). Oleh kerana bidang utama saya adalah undang-undang Islam, sebelum ini saya mengajar tutorial Pentadbiran Undang2 Jenayah Syariah dan sem depan Pentadbiran Undang2 Islam di Malaysia. Adik2...get ready ye! hahaha..siaplah kamu!
.......................................
5) Supervisor sy tanya.
"istajib, dah penat belajar ke?"
sy jawab "belum Dr.". "
"nak terus phD or nak kerja dulu?"
"nak terus phD Dr.sementara belum ada komitmen cinta"
Hurm...sekarang...aku masih mencari peluang untuk terbang...mencari ruang untuk lebih gemilang...memperbaiki segala yg kurang...yang lain aku serahkan kepada yg Maha Penyayang.





