1) Ada pihak menghukumkan Hari Ibu Haram. Asas pengharamannya kerana menyerupai amalan Kristian langsung disandarkan kepada hadis s.a.w yang menegah umat Islam menyerupai sesuatu kaum kerana mereka akan menjadi sebahagian dari mereka. Kemudiannya, analisis deskriptif historis diunjurkan bagi menunjukkan korelasi rapat sambutan Hari Ibu dan nilai spiritual ajaran Kristian. Tidak dinafikan faktanya cuma meragui hukumnya kerana asasnya itu bukanlah rock-solid reasons untuk mengharamkan Hari Ibu.
2) Propaganda Orientalis? Perlu difahami, tak semua amalan Orientalis itu salah. Malah, banyak yang perlu dipelajari dari mereka. Pendirian kita tidak boleh bersifat defensif atau obsesif tetapi selektif.
3) Defensif dalam ertikata terlalu mempertahankan diri kita saja yang benar tanpa melihat keselarasan antara dua perkara yang diperselisihkan. Obsesif pula dalam ertikata kita tidak boleh terlalu menurut dan taksub dengan semua doktrin orientalis. Tetapi kita perlu bersifat selektif dengan menentukan mana yang baik, mana yang buruk, mana yang boleh diamalkan, mana yang perlu ditinggalkan segera dan mana yang boleh dimurnikan dengan cara Islam.
4) Hari Ibu ternyata berbeza dengan Hari Kekasih (Valentine Day). Dalil pengharamannya jelas. Hari Kekasih bagai menggalakkan anak2 muda bercinta sakan sedangkan Islam mengajar supaya menjauhkan diri terjerumus ke kancah maksiat dan mengutamakan cinta selepas perkahwinan yang sah. Hari Kekasih juga disambut dengan perbuatan yang jelas haramnya seperti zina. Sedangkan Hari Ibu disambut dengan pemberian hadiah kepada ibu, jamuan makan keluarga, anak-anak pulang ke kampung dan sebagainya.
5)Objektif pejuang-pejuang seperti Julia Ward Howe & Anna M Jarvis memperjuangkan sambutan Hari Ibu juga adalah kerana untuk menarik perhatian anak-anak muda supaya mengingati jasa ibu bapa, membalas jasa mereka, membahagiakan dan menghormati mereka kerana anak-anak muda Barat tipis atau kontang nilai etika dan etiket sosialnya (Al-Qaradhawi). Sama la juga kondisinya dengan masyarakat kita dasawarsa ini.
6) Islam sememangnya mewajibkan anak-anak mentaati, menghormati, mengingati jasa, membalas jasa, melawat dan membahagiakannya kerana di situ letaknya keredhaan Allah s.w.t. Terdapat pelbagai dalil naqli yang menyuruh anak-anak mentaati ibu bapa dan terdapat hadis yang menekankan prioriti ketaatan perlu diberikan kepada ibu.
7) Cuma, mungkin kerana Hari Ibu ini skopnya dilihat sempit kerana limitasi 'hari' sahaja sedangkan menghormati ibu perlu 'hari-hari'. Anggaplah saja ianya sebagai penggalak dan satu peringatan yang mana ianya tidakpun menafikan ibu perlu dihormati setiap hari. Kalau macam tu, Hari Guru? Hari itu sajakah perlu hormat guru? Hari Merdeka? Hari itu sajakah merdeka?
8)Maka, pengharaman itu tidak jelas, makanya Hari Ibu ini 'halal' dan terdapat fatwa yang menyatakan ianya tidak bercangggah dengan Islam. Dalam sejarah Islam, banyak amalan jahiliyyah yang tidak diharamkan terus. Poligami misalnya berasal daripada amalan jahiliyyah. Islam tidak mengharamkan terus tetapi memurnikan amalan poligami tersebut hanya kepada 4 orang isteri sahaja. Istifadahnya, jika umat Islam ingin menyambut Hari Ibu, sambutlah dengan pemurnian amalannya. Jika hadiah-hadiah yang diberi atau makanan-makanan yang dihidangkan itu haram dan membazir, kita sambutlah dengan yg halal dan sederhana mengikut kemampuan. Buat ala2 kenduri doa selamat lebih bagus.
9) Pastinya, dengan kenduri doa selamat sebegitu takkan ada terniat dan terlintas pun untuk kita menyambut hari ibu sebagai perhormatan kepada 'mother of church' atau 'mother of god'.
10) Konlusinya, kita lihat dua senario ini:
Senario 1: Anak-anak pulang ke kampung, jarang2 dapat berhimpun anak beranak. Duduk semeja makan bersama-sama, mendoakan kesejahteraannya dan memberi hadiah serta mengucup dan memeluk ibu dan mengucapkan Selamat Hari Ibu, Sayang Mak!. Pasti sejuk perut ibu mengandung.
Senario 2: "Anak emak ni balik kampung tak bawak ape2 ke untuk emak sempena Hari Ibu? (secara berseloroh). "Mana boleh sambut hari ibu, Haram la Mak!". Terkebil2 la mata, terkecil pula hati si ibu. huhu.
Wallahu'alam.

7 Respon & Komen:
Assalamualaikum.wah..sangat..sangat..selapan..
selapan??? jgn la guna bahasa dusun. hehe.
haha..taukid tu..lebih dr setuju..hehe
Assalamualaikum...
saya ada kongsikan juga berkenaan hal ini sbb dah byk sangat blog yg menulis mengenainya..sekadar perkongsian utk tambahkan lg ilmu yg sedia ada dan supaya kita semua tidak terus menghukum sblm mengetahui dgn lebih terperinci berkenaan sesuatu masalah yg timbul..
saya akan backlink ke artikel ni di blog saya utk rujukan pembaca. hrp izinkan.
happy blogging :-)
regards,
BLADE EDGE
yup, diizinkan. tp, ini juga hanya bersifat pandangan peribadi sy saja.
tak pernah baca artikel terangkan pasal ni...thanks for sharing:)
sekadar berkongsi pengetahuan yg ada. :)
Post a Comment