Tuesday, May 24, 2011

WANITEMATIK: Wanita & Matematik


1) Bukan nak berkisah tentang berapa peratus pakar matematik wanita di dunia berbanding lelaki. Cuma berkongsi teori tokoh matematik Islam.

2)Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik ;
Dia menjawab :
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada,
maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0".
Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah.

3) Nabi pernah menangis memikirkan wanita selaku penghuni paling ramai di neraka kerana tidak tahu menjaga 'antara dua rahang' iaitu mulut dan 'antara dua kelengkang' iaitu kemaluan.

4) Wanita diberi 1/10 akal dan lelaki 9/10. Justeru, 'antara dua rahang' wanita selalu saja menyebut perkara yang tak masuk akal apabila dikuasai nafsu amarah. Umpat dan fitnah jadi zikir seharian. Dosa mengumpat = 30 kali zina dan dosa fitnah > dari membunuh. Wanita juga diberi 9/10 sifat malu dan lelaki 1/10. Justeru, rasa malu itu sepatutnya menjadi perisai untuk wanita itu menjaga 'antara dua kelengkang' yang merupakan mahkota hayatnya. Maka, Nabi pernah bersabda bahawa cabaran terbesar umat akhir zaman adalah godaan wanita. Tanda kiamat adalah tersebarnya gejala zina dan ramainya anak yang lahir dari zina.

5) Renung-renungkan!

2 Respon & Komen:

YeyEh~ApOn's~SyaZwaN said...

hebat....tapi rase nyer laki pun skang ape kurang nyer dalam buat dosa antara 2 rahang tuh kan...n 2 kelangkang tuh...atau mungkin 2 daging di belakang??...haha

istajib said...

HAHA...puas fikir 2 daging tu...haha. Urm, btol, laki pun teruk, sbb tu pompuan pun makin menjadi2 sbb kehilangan 'pemimpin' mereka. nantikan entri utk laki pulak nnt. masih cari idea. :P