1) Untuk bermain jongkang-jongkit, sekurang-kurangnya perlu ada dua orang. Seorang di kiri, seorang di kanan. Takkan terjongkang-jongkit kalau kedua-duanya di kanan. Takkan terjongkit-jongkit kalau kedua-duanya di kiri. Pihak di kiri dan kanan saling memerlukan untuk 'semak dan seimbang'.
2) Salah seorang perlu berkorban dahulu dan mengalah untuk jejak ke tanah atau ke bawah bagi memberi peluang seorang lagi untuk berada di atas dan begitulah seterusnya. Saling memberi peluang secara berselang-seli.
3) Jika yang berada di atas mementingkan diri untuk terus berada di atas tanpa mempedulikan orang di bawah, atau orang di bawah malas melonjakkan kaki untuk ke atas semula, maka permainan ini tidak mencapai matlamat penciptaannya. Maka namanya jongkang sahaja tanpa jongkit atau jongkit sahaja tanpa jongkang. Yang di atas dan yang di bawah perlu saling memainkan peranannya.
4) Tidak boleh juga kedua-duanya berada pada kedudukan serata. Tiada seorang pun akan dapat melihat pemandangan yang lebih tinggi sambil melihat pengorbanan orang di bawahnya dan bersedia untuk ke bawah semula. Tiada juga yang dapat menumpang gembira melihat seseorang berada di atas kerana bantuannya dan teruja untuk ke atas juga.
5) Bila saling berkerjasama, saling berkorban, saling mengalah, masing-masing akan puas dan gembira dengan permainan jongkang-jongkit dan tidak kisah berselang-seli berada di atas atau di bawah kerana ianya hanya permainan yang seketika.

5 Respon & Komen:
wah!!!..menarik falsafah nie..btul gak bila dipk2..huhu...xsangka pmainan nie pun leh relate ngan khidupan manusia..=).. btul gak tue.. hidup manusia sentiasa perlu beralah dan bkerjasama untuk pastikan keseimbangan blaku..=)..
salam..jenguk jengah anda di sni..=)
hehe. ade jugak yg dapat menjiwai entri ni. tq~
ahaha ada falsafah pulak...jangan undang2 pun ada sudah...:P
permainan ni mmg ada undang2 pun. so, ini namanya falsafah perundangan. :) hehe.
Post a Comment