Sunday, July 10, 2011

Yang Ortodoks & Yang Paradoks


Pejuang-pejuang Islam ortodoks berbaris sekata lalu berkata ini jihad,
Namun imamnya wanita kafir harbi sang penentang Islam penuh tekad.
(Hadis Sahih, tidak akan berjaya sesuatu kaum yang dipimpin dalam urusan mereka seorang wanita)

Lalu mereka melatah bingkas membidas "ianya adalah strategi dakwah!",
Kenapa kita ikut kata dia dan bukan dia ikut kata kita kalau benar ianya dakwah!

Ketika kepentingan diri bermaharajalela dalil diperguna halalkan musuh agama.
Lalu terlupa dan melupakan hakikakt antara muslim dengan muslim itu bersaudara
(Hadis Sahih, mukmin dengan mukmin seperti bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain)

Kata mereka demonstrasi ini perlu hanya dilihat secara objektif
Namun agenda politik terlalu banyak objektif yang subjektif

Objektif BERSIH untuk pilihanraya yang adil dan bersih
Selagi mereka kalah selagi itulah mereka kata tak bersih

Jika mereka merasakan pilihanraya Malaysia tidak pernah adil
Maka negeri2 yang ditawan pembangkang menang pun kerana pilihanraya tidak adil

Jika kepala pembangkang mengatakan kerajaan bergelumang dengan korupsi 50 tahun
Mungkin beliau rindu membaham korupsi lamanya sebelum lama dipenjara bertahun-tahun

Kata pejuang-pejuang yang adil ini bukan demi kepentingan individu
Tapi terdesak menang pilihanraya lalu berkuasa padam skandal video kelabu

Katanya ingin berarak untuk serah memorandum pada Agong
Seusai berhimpun, memo tidakpun diserahkan, ternyata bohong.

Namun, kerajaan juga tersilap langkah terlalu takut sejarah darurat dan digulingtumbang
Maka polis mengekang segala jalan lalu meraka mogok amuk lalu dibalas ganas badang

Akhirnya kerajaan terperangkap jua dengan jerangkap samar pembangkang
Sengaja ingin dilihat polis ini kejam, salahguna kuasa dan diburuk pandang

Apabila nama baik negara menjadi buruk lalu tersebar disebar melata
Negara Islam contoh ini menjadi hina, Islam kekal terkenal keganasannya

Pelbagai drama yang berjaya menjadi adegan 'wajib tonton' santapan emosi seisi dunia
Tak pernahkah terfikir inilah strategi mereka mengeksploitasi orang kelainan upaya turut serta

Yang halal dipersoal, perhimpunan haram pula dicita lalu ketepi arahan polis yang bergulung-gulung
Dengan penuh tekad merempuh halangan mencari jalan tapi lupa prinsip 'berani buat berani tanggung'

Ada yang berbangga kerana berjaya menunjukkan kejamnya kerajaan sedia ada
Maka media asing pula dibangga-bangga, sedang mereka tidak tahu sirah cerita

Demonstrasi lambang demokrasi katanya, luah tidak puas hati pada dunia
Abai akhlak dalam memperbetul pimpinan, abai akhlak walau di jalanan

Sejarah Islam mengisahkan kematian 'Uthman ketika demostrasi jalanan
Sejarah kini berulang lantas pantas menuding jari lantaran tak ambil pengajaran

Sukar mencari orang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangannya
satu dalam sejuta
Dalam dua juta, baru jumpa dua,
dalam tiga juta, baru jumpa tiga
Itupun tidak dikira lagi yang mudah berpaling tadahnya.

Kalau menurut pun biarlah berminda
Kalau membantah pun biarlah beretika

Kuman seberang laut juga yang dicari-cari
Gajah depan mata pura-pura pula tak disedari

Kalaulah begini kondisi berpetualang dan situasi berkalang
Jika menang pun sekadar jadi arang, kalah jadi abu terbuang

Yang baik diri digembargemparkan
Yang baik orang dipekaktulikan
Yang buruk diri didiambisukan
Yang buruk orang diulangcanangkan

Yang putih tidakpun sebenarnya putih bersih
Asyik menuduh itu hitam jika itu bukan acuannya
Yang dituduh hitam pula bilakah mahu memutih?
Bagai mengia dan mengakui kehitamannya tanpa berbuat apa.

Adakalanya, rasa benar adanya bibit bait pujangga sasterawan negara
"Kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya".

Lalu mereka sebenarnya bukanlah kuning sekuning bulan bintang
Mereka juga bukannya merah lalu bertindak berlandaskan amarah
Kesemuanya sudah kelabu dan perjuangan mereka itu paradoks dan keliru.

4 Respon & Komen:

NA_SR said...

madah yg penuh makna... saya suka... karya anda sendiri kah? hmmm
salam dari saya,,, =)

skyrange.blogspot.com

istajib said...

yup, pasti karya saya sendiri. ori. hehe. salam juga dari sy. jom follow!

NA_SR said...

sudah bang! kalo sudi.. follow la saya jgk...

saya suka dgn tulisan blog abg... nice

istajib said...

yup, dah follow kamu juga. tq~