Tuesday, July 12, 2011

"Blushing"


1) Setiap tahun, mesti ada beberapa pelajar baru mencari saya kerana pensyarahnya asyik memuji saya. Termasuk hari ini. Katanya, nama saya selalu menjadi buah mulut pensyarah mereka di pusat asasi.

2) Maka saya tertanya-tanya, siapakah yang menjadikan saya buah mulutnya atau mungkin buah hatinya (pensyarah-pelajar)? Apakah sebabnya? Cecite cecita!!!

3) Apabila diketahui siapa yang selalu bercerita dan memuji, ternyata pensyarah itu lagi. sekali lagi dan sudah beberapa kali. Pensyarah itu tidak pernah pun mengajar saya. Malah tidak pernah berbual juga. Kami selalu bertembung dan menguntum senyum sahaja.

4) Setiap tahun pensyarah itu akan memuji-muji saya di hadapan para pelajarnya tentang budi bahasa saya dan kecemerlangan akademik saya (yang sebenarnya tidak pun seberapa) untuk diteladani. Bukan sesekali memuji, malah cerita ini sering direpitasi.

5) Apakah perasaan kalian jika anda dipuji saban hari, saban minggu, saban bulan, saban tahun oleh pensyarah yang disegani ramai tetapi tidak pernah pula mengajar kita? Bangga? Teruja? Blushing? atau Tak Selesa? Pabila begini, maka saya hanya membaca doa apabila dipuji.


Doanya ialah :

اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ بِمَا يَقُوْلُوْنَ، وَاغْفِرْلِيْ مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَاجْعَلْنِيْ خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ

Maksud : Ya Allah, semoga Engkau tidak menghukumku kerana apa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka sangkakan.

(Imam al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad,disahihkan oleh al-Albaniy)

0 Respon & Komen: