KUALA LUMPUR 1 Julai — Malaysia dipilih untuk mengisi satu daripada enam kerusi yang dipertandingkan bagi Suruhanjaya Tetap dan Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) Rantau Asia pada Sesi ke-38 Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Kazakhstan.
Kenyataan Kementerian Luar hari ini menyebut bahawa Indonesia, Pakistan, Turki, Iran dan Afghanistan adalah anggota lain IPHRC bagi rantau ini.
Malaysia mencalonkan Prof. Madya Dr. Raihanah Abdullah dari Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya untuk berada dalam kumpulan pakar IPHRC.
Kementerian itu berkata, pemilihan Dr. Raihanah berikutan pengalaman dan kepakaran meluas beliau dalam mengendalikan isu berkaitan undang-undang Islam dan kesaksamaan gender.
Pemilihan beliau juga sejajar dengan cadangan OIC untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam badan berkenaan, menurut kenyataan itu.
Prof. Madya Dr. Raihanah Abdullah ialah mentor saya semasa ijazah pertama, supervisor saya semasa ijazah sarjana dan masih menyelia saya untuk PhD. Rasa menumpang bangga sekali apatah lagi CV beliau untuk jawatan ini saya yang uruskan. hehe. Tahniah Dr. Rai!!!
0 Respon & Komen:
Post a Comment