1) 3 minggu belakangan ini, saya sekurang-kurangnya mengisi cuti hujung minggu saya dengan menonton. Dua minggu lepas saya menonton KL Gangster. Minggu lepas saya menonton Sekali Lagi. Saya kini terpengaruh dengan seseorang yang lebih cenderung menonton filem Melayu. Saya ok je!
2) Sebenarnya saya tak suka filem2 Syamsul Yusof kerana selalu memancing penonton dengan maruah aurat wanita dan adegan mencolok mata. Tapi, KL gangster, kurang sedikit babak tersebut tapi padat dengan aksi. Cuma, Aaron Aziz macam tak sesuai je memikul watak tersebut. Bagi saya, dia tak sasa tapi dah capai tahap gemuk. Bila berlawan tu, rasa macam berat je dia nak angkat kaki menendang berbanding Adi Putra. Zizan pelengkap! Mungkin Syamsul Yusof lepas ni mengarah je la, tak payah berlakon ye! hehe.
3) SEKALI LAGI dipilih berbanding transformers 3 kerana pencinta filem Melayu itu nak tengaok cerita Melayu atau mungkin sebab adik MIA! Kisah ringan, tapi intinya berat. Kisah sederhana tapi nilainya mempesona. Saya sangat gembira menonton kedua-dua filem melayu ini apatah lagi ditemani orang yang sama! hehe. toche2!
4) Semalam, (dalam kekalutan BERSIH 2.0), sempat juga saya pergi menonton Teater Mak Dara Nyonya di MaTiC (Sebelah Saloma Bistro). Dapat tiket percuma, dan saya masih boleh mendapatkan tiket2 percuma itu sehingga hari terakhir tayangan pada 12 Julai ini. TQVM FIFI! Tapi, nak tengok lagi ke? Dah takde pulak teman. Tq syafique temankan aku nonton! Kau lebih faham sebab kau orang jawa! hehe.

5) Dua cerita disekalikan tapi tidak digabungkan plotnya. Kisah Mak Dara dan Nyonya adalah dua kisah berlainan. Kisah Mak Dara sebenarnya kisah pengasas jamu mak dara, Ibu Halimah. Kisah benar. Kisah duka peritnya. Terlalu derita. Kisah nyonya adalah kisah perebutan harta yang membuatkan kami berdua tergelak terbahak sampai semput. Dua emosi berbeza. Suka gandingan Sarimah Ibrahim dan Misha Omar. Tahniah Juhara yang memainkan watak Ibu Halimah! :)
0 Respon & Komen:
Post a Comment