
Sebelum ini aku selalu saja lancar berbicara tentang rasa
Tentang rasa hatimu padaku secukup rasa setulus aksara
Tetapi kini aku tidak lagi fasih
Berpetah kata tentang rasa
Mungkin bukannya tidak fasih
Tetapi sudah tidak dapat merasa
Tikamana aku tidak lagi betah merasa
Keikhlasan kasihmu di balik tajalli jiwa
Tiapkali suaraku cuba menyuarakan
Aku asyik tergigit lidah perasaan.
Tetapi kini aku tidak lagi fasih
Berpetah kata tentang rasa
Mungkin bukannya tidak fasih
Tetapi sudah tidak dapat merasa
Tikamana aku tidak lagi betah merasa
Keikhlasan kasihmu di balik tajalli jiwa
Tiapkali suaraku cuba menyuarakan
Aku asyik tergigit lidah perasaan.
# Dah lama juga tak menulis puisi melankolik tentang hati dan perasaan. Sebabnya dah lama tak berasa sedih. Tapi, semalam demam dan bersedihan, lalu terilham puisi 'Tergigit Lidah Perasaan'. Tanggal 13 Julai yang penuh kisah.
0 Respon & Komen:
Post a Comment