Thursday, August 18, 2011

Cinta Sejenis: Cinta Yang Manis


1) Macam menakutkan tak tajuk entri ni? Ini entri tiada kaitan dengan cinta homoseksual, gay dan lesbian yang telah dihalalkan perkahwinan di kalangan mereka di beberapa negara sesat barat yang berselindung di sebalik perkataan 'human right'. Tapi nak berkongsi hadis tentang ukhwah dan silaturrahim.

2) Anas r.a meriwayatkan, "Ada seorang lelaki di sisi Nabi s.a.w. Tiba-tiba ada sahabat lain yang melintas. Lelaki tersebut berkata, “Ya Rasulullah, sungguh saya mencintai orang itu (kerana Allah)”. Maka Nabi s.a.w bertanya “Apakah engkau telah memberitahu kepadanya?” “Belum”, jawab laki-laki itu. Nabi bersabda, “Maka bangkit dan beritahulah padanya, nescaya akan mengukuhkan kasih sayang di antara kalian.” Lalu ia bangkit dan memberitahukan, “Sungguh saya mencintaimu kerana Allah.” Maka orang ini berkata, “Semoga Allah mencintaimu, kerana engkau mencintaiku keranaNya." (HR. Ahmad).

3) Menurut Prof. Madya Dr. Muhiden Abdul Rahman, pakar bidang hadis di UM, beliau mengatakan, bahawa hadis di atas menceritakan perihal cinta kerana Allah di kalangan sahabat (lelaki dengan lelaki). Mereka saling mencintai satu sama lain semata-mata kerana Allah. Justeru, jika kalian menyayangi rakan, abang atau adik, lafazkanlah ia dan pasti akan menambah kemanisan ukhwah dan silaturrahim.

4) Tapi pastinya ramai yang rasa jijik nak cakap i love you sesama rakan terutama antara lelaki dan lelaki malah boleh mengundang fitnah dan tohmah. Tapi, hadis ini pasti mempunyai 1001 makna dan hikmah tersembunyi. Apa yang terjadi kini, perkataan i love u hanya menjadi 'zikir' di kalangan couple yang kemaruk bercinta sebelum berkahwin tapi mengalahkan orang yang sudah berkahwin.

5) Tetapi kita perlu sedar, kalau kita sukakan seseorang (antara lelaki dan perempuan), jangan beritahu si dia. Nanti Allah akan kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita.

2 Respon & Komen:

Rafidah Farhana said...

"kalau kita sukakan seseorang (antara lelaki dan perempuan), jangan beritahu si dia. Nanti Allah akan kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita."

Hahaha, tetiba tersuka part ni :)

istajib said...

haha. nape pda? ko sedang mengalami situasi tersebut kah?