Tuesday, August 9, 2011

Getir Fikir Getar Zikir


Keterbatasan Akal
Menyentakkan Diri Dari Leret Deret Khayal
Menganggukkan Kepala Sedar
Menggosok Mata-mata Benar
Bahawa Kita Hanya Manusia
Manusia Biasa - Hanya Biasa
dan Bukan Sesiapa pun Atas ini Dunia
ini Dunia pun Hanya Fana

Hakikat Manusiawi
Yang Tidak dan Takkan Mampu Mengetahui
Tentang Jodoh...Tentang Rezeki...Tentang Mati
Makhfi Ilahi

Keterbatasan Akal
Menggetir Fikir dalam Mencongak Takdir
Dan Ketika Getir Fikir Kita Getarkan Zikir
Zikir padaNya Biar Hidayat Selalu Hadir
Ke Dalam Jiwa ia Meresap Ke Dalam Darah ia Mengalir
Ketika Tenang Kendatipun Ketika Khuatir

Rasional Akal Perlu Selalu dipandu Wahana Wahyu
Lalu Kita Tidak Terus Sesat dan Takkan Terus Buntu

0 Respon & Komen: