Thursday, August 4, 2011

PENYAKIT HATI: hati-hati menjaga hati.

saya terasa nak menulis entri ini disebabkan akhir-akhir ini ada seorang perempuan yang terikut-ikutkan darah mudanya yang jelas terzahir kebusukan hatinya terhadap orang di sekelilingnya malah saya juga terkena tempiasnya. Moga2 dia insaf. Selain itu, artikel ini pasti juga berguna untuk diri saya juga dan semua. Moga dijauhkan penyakit hati.
....................................

Ayah saya selalu berpesan, selalu diulang-ulang sejak saya kecil sehingga kini. Ayatnya pun saya dah hafal: "Jauhi iri hati, hasad dengki, 'ujub, takbur, riak, buruk sangka yang akan memakan amal kebaikan kita."
..................................

1) Penyakit fizikal senang dikenalpasti dan mudah didapati ubatnya di mana-mana hospital, klinik dan farmasi. Penyakit jiwa juga semakin mudah dikenalpasti dengan kepakaran masakini dan ada hospital khas untuk pesakit jiwa. Tapi, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sangat berpenyakit iaitu penyakit hati.

Iri Hati: Mereka tidak suka melihat rezeki atau kelebihan itu berlaku atau cenderung berlaku ke atas individu dan berusaha menyainginya dengan cara yang salah.

Dengki: Mereka tidak senang dengan kebahagiaan & kejayaan orang lain dan suka menganggunya dan mengambil jalan pintas untuk menyekatnya atau memusnahkannya.

Hasut: Mereka mempengaruhi orang lain untuk turut membenci, menimbulkan rasa marah, memecahbelahkan persaudaraan agar berlaku perkelahian, kacau-bilau dan terputus silaturrahim.

Fitnah: Mereka menuduh seseorang itu melakukan ini dan itu atau melabel seseorang ini dan itu tanpa asas yang kukuh sehingga menimbulkan kebencian orang ramai.

Buruk Sangka: Mereka merasa syak wasangka terhadap seseorang itu melakukan perbuatan yang tidak elok tanpa petunjuk yang jelas.

Khianat: Mereka tidak menjalankan amanah yang diberikan kepadanya atas kepercayaan yang dipertaruhkan dan biasanya disusuli dengan pembohongan bagi meraih kepercayaan semula.

.............................

2) Jika penyakit-penyakit lain boleh dikesan, maka penyakit hati juga sebenarnya boleh juga dikesan. Orang yang ada penyakit hati ini juga boleh dikesan melalui perilakunya sehari-hari:

# Melakukan dosa berterusan. Mereka memfitnah, jika terbukti mereka telah salah, mereka akan berbohong dan merekayasa cerita dan cuba menghasut orang lain untuk mempercayainya. Bila ramai yang terpedaya maka mudahlah ia melakukan hasad dengki dengan memecahbelahkan atau memutusakan silaturrahim.

# Keras hati. Bila mereka terbiasa dengan dosa, maka hatinya keras. Mereka ini takkan 'makan nasihat' atau tidak mahu langsung mendengar nasihat dan hanya merasakan dia saja yang betul walaupun telah dinasihatkan berulang kali walaupun oleh orang yang rapat sekali dengannya. Mereka juga tidak tersentuh dengan ayat al-Quran dan hadis. Mereka juga juga membantah-bantah.

# Lalai beribadat. Mereka ini semakin terhakis rasa ingin beribadat, misalnya semakin mengurangi solat dari 5 waktu kepada 3 seterusnya tidak solat langsung. Tidak suka bersedekah. Mereka lalai berdoa dan berzikir juga. Mereka juga lalai melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar.

# Gelisah. Mereka sentiasa rasa resah dan gelisah walaupun hanya dengan masalah kecil yang mampu diselesaikan segera. Sentiasa rasa ada saja yang tidak kena. Semua yang dilakukan oleh orang lain ada saja yang tidak kena di matanya. Sentiasa nampak yang buruk saja.

# Bakhil: Mereka ini terlalu sayang dengan hartanya dan tidak terbuka hati untuk membantu golongan yang memerlukan.

# Gila Dunia: Suka menonjolkan diri baik dari segi kepimpinan (gila jawatan), suka menyibukkan diri dalam urusan dunia, suka mempamer kelebihan dengan pelbagai aksesori (perasan cantik), dan suka menarik perhatian orang lain dan berlebih-lebihan (sentiasa nak lebih dan nak menang).

# Memutus silaturrahim: Suka melihat persaudaraan, persahabatan dan kasih sayang terputus. Mereka juga tidak peduli dengan penderitaan sesama saudara rapat atau saudara seislamnya malah rasa senang melihat silaturrahim terputus dan melihat penderitaan mereka.

# Mengaku baik walaupun tak lakukan kebaikan itu:

“Wahai orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Alloh bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (al-Soff : 2–3)

...........................

3) Untuk merawat penyakit hati ini, dekatkanlah diri dengan bermunajat kapada Tuhan dan tadabbur al-Quran, banyakkan doa, zikir dan ibadat serta amal soleh. Rasakanlah keagungan Tuhan dan pelajarilah ilmu agamanya sebanyaknya. Perlu selalu zikrul maut, takutlah pada suu'ul khatimah. Jangan terbuai dengan dunia dan seisinya.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

“Ketahuilah, sesungguhnya pada setiap jasad ada seketul daging, apabila dia baik maka baik seluruh anggota jasad, apabila dia jelek maka jelek semua anggota jasad, ketahuilah dialah hati.” (Bukhari)

“Dinamakan hati (al-qalbu) kerana sifatnya berubah-ubah.”(Ahmad)

“Ya Allah tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami untuk selalu taat kepadaMu.” (Muslim)

*bila penyakit hati dalaman ini merebak, tidak mustahil akan terkena juga penyakit hati fizikal.

5 Respon & Komen:

Siti Arfah said...

Jaga hati,hiasi peribadi. Moga hati kita sntiasa brada dlm keadaan bersih dpd prkara2 negatif.

istajib said...

:) hati-hati menjaga hati. :)

Rafidah Farhana said...

Fuuuuu. Penyakit hati memang bahaya. Harap-harap saya bukanlah perempuan itu. Kalau ye, haruslah ingatkan saya ye.

Siti Arfah said...

:)

istajib said...

pidah, kamu baik hati. :) so, bukan la kamu perempuan yg dimaksudkan itu. :)