1) Lama benar menyimpan hasrat nak memanjat bukit broga, Semenyih. Sabtu lepas, tertunai impian setelah sekian lama dirancang ahli kelab orator. Semua serba tak kena. Bermula nak bertolak pukul 5 pagi jadi pukul 7 pagi. Masak tak sempat masak. Sesat sekejap. Memulakan pendakian agak lewat. Dalam jam 8 pagi. Sumpah aku tak jangka ianya agak tinggi sebegitu. Ada yg kata macam naik bukit cinta, UM je. Sumpah x sama langsung!!! Aku pulak dengan slumbernya hanya memakai slipper.
2) Semasa memanjat, ramai pula yg sedang turun. Tinggal lagi cket lagi untuk tiba ke puncak, hujan lebat mencurah-curah. kerisauan melanda hati. Nak turun cenuram yang licin amat membahayakan apatah lagi dengan memakai slipper sahaja. Hasrat hati nak kekal berada di situ dalam hujan sebab sangat takut nak turun dengan cuaca sebegitu. Ada kawan yang sudah jatuh tergelincir juga. Ada kawan yg separuh saja pendakiannya. Mujur ada Tuan askar yg turut serta memberi motivasi, tunjuk arah dan penyelamat seorang kanak-kanak yang jatuh tergelincir hanya bergayut pada tali.
3) Mujur selamat akhirnya, aku beranikan saja mengharunginya. Tak nak terpengaruh dengan pendaki-pendaki lain yang kelihatan cuak wajahnya. Apatah lagi pendaki wanita yang sudah terjerit2, dan ada yg tersepit. Ada juga kawan yg hampir masuk gaung. Mujur segera mencapai tali. Cuma, jaket baru Kenny Ng (RM200+) dah berbalut lumpur. Namun, masih kempunan ke puncak Broga. Memikirkan keadaan itu, patutlah Allah takdirkan kawan2 perempuan tak dapat menyertai. Allah takdirkan seorang kawan perempuan tak tersedar bangun pagi dan kawan seorang lagi tak jadi pergi kerana tiada teman perempuan. Banyak hikmahNya.
4) Sampai di bawah, untuk redakan degupan jantung yang laju, berehat sebentar melantak 5 biji air kelapa. Habis semua kelapa di kedai tu aku beli. Kongsi ramai2. Tapi, tidak terhenti di situ saha. Pergi makan satay arnab pula di depan pintu masuk bukit broga. Sementara menunggu nasi goreng arnab dan rendang arnab siap dimasak, kami main suap2 makan arnab. :) lepas bagi depa makan, kami makan depa pulak! hehe. Harga kesemuanya mencecah RM200.00!

5) Mencari masa yang sesuai untuk ke sana semula bagi menunaikan impian ke puncak broga. Sekurang2nya dah dapat gambaran di sana. Boleh bersedia dengan stamina yang lebih baik. Boleh bersedia dengan sport shoes. Takkan pakai slipper lagi!!!
0 Respon & Komen:
Post a Comment