Thursday, October 6, 2011

HUME


1) Ketika saya menulis ini, saya baru sahaja selesai menghadiri symposium di atas. Kami (Prof. Madya Dr. Raihanah, Prof Dr. Ahmad Hidayat, Dr Asmak, Dr Siti dan saya) terlibat di bawah sub-project (Islam & Environment). Sebenarnya, inilah projek pertama saya (sebagai penyelidik). Sebelum ini hanya sebagai pembantu penyelidik. Sejak dah ada master dan sedang buat phD, status tu dah naik la. hehe.

2) Sebelum ini saya sahajalah individu yang dipertanggungjawabkan untuk explore bidang yang kurang mendapat tempat di Malaysia "Islamic Law & Environment". Sebelum ini kajian saya berkaitan Water law in Malaysia, Legal Control on Water Pollution, Conserving Water Quality and Quantity: Islamic Law Perspective, Water Quality Index: A Comparison between Scientific and Islamic Standards, Awareness on Ecological Activities among Muslims in Malaysia: Legal & Institutional Analysis, Legal Analysis on Natural Resources Conservation, Eco-Mosque: A Review.

3) Sejak adanya flagship projek ini, supervisor saya mengajak pakar2 bidang lain untuk turut berkerjasama untuk membantu mengetengahkan bidang Islamic Law & Environment. Prof Dr Hidayat, pakar dalam bidang Islamic Law of Transaction, sebenarnya banyak boleh membantu memandangkan kebanyakan terminologi dan instrumen alam sekitar islam telah ada dalam bidang beliau. Begitu juga dgn Dr Asmak, pakar Islamic Economic, banyak membantu dari aspek teori sustaibility dan research metodologi, Dr Siti, pakar bidang jenayah dan tort jugak banyak membantu membuat penafsiran baru peruntukan kesalahan syariah dari aspek alam sekitar. So, sekarang saya dah ada team dan dapat bertukar pandangan.

4) Bagusnya lagi, flagship project ini dikawal ketat progressnya melalui symposium dan melibatkan banyak fakulti seperti Islamic Studies, Education, Linguistic & Science serta akan diulas satu-persatu oleh pakar bidang humanties & environment dari Sydney, Prof Christopher. Justeru, saya dapat merasakan ianya sangat berjalan lancar dan menggalakkan 'multidiciplinary or interdiciplinary research'. Saya perhatikan, semua topik saling berhubung kait antara satu sama lain dan inilah rupa2nya konsep 'Flagship Project''.

5) Tapi, R.A kami ni...menguji kesabaran yg amat2! Suka 'hilang' saat2 genting. Walaupun symposium kali ini untuk melihat preliminary findings saja, tapi, disebabkan 'masalah' yg dicipta oleh R.A itu, keadaan jadi kelam kabut dan tak dapat nak all out! Akhirnya, kami bertiga saja yg pulun (Dr Rai, Dr Siti dan saya). Apa2 pun, saya semakin berminat mendalami bidang ini. :) Apatah lagi bidang ini semakin mendapat tempat, siap ada seminar menggalakkan kajian environmental ethics di UM. :) Moga2 semuanya akan dapat membantu meningkatkan skil penyelidikan saya dan membantu saya menyiapkan Thesis phD sebaik mungkin. :)


*jangan makan gaji buta.

0 Respon & Komen: