1) Dari perspektif motivasi, kita diajar untuk tidak perlu menyesal apa yang sudah terjadi, yang penting kehidupan mesti diteruskan. Namun, menyesal juga satu proses kehidupan. Dengan penyesalan; 1) kita dapat menimba pengalaman 2) belajar dari kesilapan 3) tidak mengulangi "kesilapan" lalu menjadi "kesalahan" 4) tidak menyesal kali kedua dengan kesilapan yang sama 5) dapat melaksanakan 'duty of care' atau tanggungjawab berjaga-jaga agar tidak terus terjerumus 6) dapat berkongsi pengalaman agar orang di sekeliling kita tidak rasa menyesal sebagaimana kita menyesal, lantas kehidupan dapat dibaiki dan diteruskan dengan keadaan yang lebih baik (untuk diri dan orang lain).
2) Hakikatnya, "manusia" dan "menyesal" tidak dapat dipisahkan. Di dunia, kita selalu menyesal: "Kalaulah aku buat ini dahulu, mesti aku sudah begitu sekarang", "Kalahlah aku tak buat itu dahulu, mesti aku tak jadi begini sekarang"
3) Di neraka, manusia menyesal kerana mendustakan kebenaran. Menyesal kerana peringatan sudahpun diberi tetapi tidak mahu mengikuti dan memahaminya. "Kalaulah aku mengikuti peringatan (kebenaran yg dibawa rasul) dan memahaminya, pasti aku tidak menjadi ahli neraka" (Rujuk surah al-Mulk:10)
4) Malah, di syurga juga berlaku penyesalan. Ahli-ahli syurga juga menyesal melihat kelebihan yang diterima oleh ahli syurga lain hanya kerana ibadat-ibadat sunat. "Kalaulah aku memperbanyakkan ibadat sunat juga seperti mereka, pasti aku mendapat kelebihan sebegitu rupa"
5) Pepatah Melayu mengatakan: "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Mungkin ia sepenuhnya terpakai jika apa yang dimaksudkan adalah penyesalan di "Hari Penyesalan" kerana manusia tidak boleh mengundurkan masa kembali ke dunia untuk beriman dan beramal soleh. Justeru, sementara masih diberi peluang bernafas, sesal kemudian lebih mulia dari tidak menyesal langsung, masih ada harapan baiki kesilapan. Mulakan saja langkahnya sekarang, jika terus bertangguh, maka, benarlah "sesal kemudian tidak berguna".

0 Respon & Komen:
Post a Comment