1) Terkadang kita cepat melihat kesilapan orang lain dan memarahinya tanpa melihat sedikitpun kesilapan diri sendiri.2) Hakikatnya, jika berlaku perkelahian atau salah faham, kita tidak boleh hanya menyalahkan dan marah kepada orang lain tetapi perlu pertamanya menyalahkan dan marah kepada diri sendiri.
3) Sesungguhnya manusia berhak mendapat kemaafan sesama manusia kerana Islam mengajar untuk memaafkan walaupun dengan musuh. Siapalah kita untuk tidak memaafkan.
4) Marah tak perlu lama terpendam kerana hanya menjadi dendam. Apabila berdendam hidup tidak akan tenteram, padamlah dendam dan segeralah meminta kemaafan dan memaafkan.
5) Sekalipun kita merasakan kita tidak bersalah, latihlah diri merendahkan ego untuk memulakan meminta maaf.
Al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan penunjuk jalan kemaafan:
“Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”.
(Surah al-Baqarah, ayat 237)
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)
"Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya".
(Riwayat Bukhari)
“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)
#Moga Hijrah tahun baru ini kita sama-sama mendapat HidayatNya. :)
0 Respon & Komen:
Post a Comment