Sunday, November 20, 2011

Forum Perkongsian Terbilang

muka bosan. hehe.

1) Pada 17 November 2011, saya dijemput untuk menjadi panel Forum Perkongsian Terbilang. Antara lain, forum ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman belajar di kalangan graduan yang dikatakan sebagai "Cemerlang" or "Terbilang" (depa yang kata) untuk diteladani dan diadaptasi mengikut kesesuaian gaya hidup para pelajar.

2) Terus terang, saya bukanlah selayaknya dijemput untuk berkongsi pengalaman tersebut. Ramai lagi cendekia yang selayaknya berada di situ. Namun, atas tiket bekas pemenang Anugerah Pelajaran di Raja UM 2008 (lama dah...basi), saya dipertanguungjawabkan. Saya setuju. Moga sedikit pengalaman ini boleh memberi inspirasi kepada adik2 agar menjadi jauh lebih baik lagi.

3) Sehari sebelum forum dijalankan, saya diberitahu akan turut digandingkan dengan Imam Muda Asyraf. Walaupun kami dari Universiti yang sama, Fakulti yang sama, pernah sekelas juga, tetapi kami tidaklah serapat mana, cuma bila digandingkan bersama menjadi panel, saya rasa teruja juga dan masih kagum dengannya yang memiliki aura tersendiri sejak dulu lagi.

4) Cuma, secara peribadi, saya hendak dan perlu memperbaiki metod penyampaian saya setiap kali berforum. Saya rasa saya kena lebih berhemah dan berhikmah. Bukan ape, selama ni metod saya adalah berseloroh/berjenaka dengan audien sehinga menjadikan forum penuh gelak tawa. Saya juga belajar untuk sesuaikan metod mengikut jenis program. :)

5) Pengalaman yang menarik dan takkan dilupakan. :)

6 Respon & Komen:

sYukCurz said...

hebat!

istajib said...

sedang2 saja...hehe. syuk jauh lebih baik. :)

sYukCurz said...

saya tak pernah dapat anugerah pelajaran diraja. hehe

istajib said...

kisah lama...skrg ni dah terumbang ambing dah study...:'( ISI pun xdpt publish lagi...

*huhu...baru perasan syuk dah xde dlm fb ista. huhu~

sYukCurz said...

cepat2 la publish! haha.. kena rajin and lebih pantas dari schadule yg dirancang k.!

ni ada link klu nak buat attachment/intership di europe. kena cari ikot negara Malaysia then area study. xperasan lak law ni, klu S&T syuk da post kat blog da.

http://eacea.ec.europa.eu/erasmus_mundus/results_compendia/selected_projects_action_2_en.php

istajib said...

tq syukkkkkkkkkkkk !!!!