1) Akhirnya saya jejakkan kaki ke Sarawak untuk kali pertama sempena Debat Terbuka Kenyalang anjuran UiTM Kota Samarahan, Sarawak. Menjadi hakim di sana dari pusingan saringan-akhir (kecuali suku). UM menghantar 2 team dan kedua2 tumpas di tangan MMU dan UTP di peringkat suku akhir.
2) Kali pertama borong sendiri kek lapis, ikan terubuk masin, tebaloi dan makan makanan popular sarawak seperti mi kolok, ayam pansuh, rojak & laksa sarawak dan sebagainya. Tak lupa juga pengalaman naik sampan yang menakutkan!

3) Dan minggu ini, tanpa dirancang, saya ke Terengganu menyaksikan perlawanan akhir Debat Perdana Gender di UMT. Sekali lagi UM tewas dan kali ini jatuh di tangan UMP. Walaupun tewas, saya tetap berbangga dan berpuas hati dengan persembahan yang diberikan.
4) Rasa kecewa apabila tak dapat jugak jejak ke Masjid Kristal yang dah lama saya nak jejakkan kaki ke sana. Sempat beli keropok losong di Losong saja.
#makin nak lari dari debat, rasa sayang pada debat makin terikat kuat.

0 Respon & Komen:
Post a Comment