Saturday, December 3, 2011

Ketua Hakim Debat Kepolisan Antara IPTA Piala Komandan Kor Suksis


1) Bidan terjun, dalam pukul 10 malam dilantik menjadi Ketua Hakim Debat Kepolisan Inter IPTA Piala Komandan Kor Suksis yang akan dijalankan pada jam 8 pagi keesokan harinya. Mula2 nak tolak, tapi takut memberi lebih masalah kepada pihak penganjur, apalah kiranya saya membantu, apatah lagi ketika mereka memerlukan, mungkin saya pilihan terakhir. Tapi takpe, saya cuba semampunya.

2) Rata2 para peserta tidak pernah berdebat. Namun, secara keseluruhannya, kualitinya agak memberangsangkan dan terdapat beberapa peserta yang telahpun mencapai standard pendebat IPT atau tidak keterlaluan jika saya katakan ada yang lebih baik lagi.

3) Berbezanya perdebatan ini dengan perdebatan2 lain (setelah 8 tahun berkecimpung dalam dunia perdebatan dari researcher, debater seterusnya judge), pendebatan ini sangat lancar dan meriah. Mungkin organisasi badan beruniform Kor Suksis ini sangat bagus disiplin dan ketepatan masanya serta memberi sokongan yang sangat padu.

4) Terasa agak penat la jugak ke hulu dan ke hilir. Letih juga rupanya menjadi ketua hakim. Sekalung apresiasi diucapkan kepada panel2 hakim. Ada yang sanggup meninggalkan mesyuarat agong UMNO dan tidak menonton ucapan Presiden UMNO/ Perdana Menteri semata-mata ingin menonton Menteri2 yang bersidang di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya. Terima kasih juga kepada adik2 Orator yang komited, separa komited dan juga yang HILANG!

5) Satu lagi pengalaman yang takkan dilupakan. Banyak juga ongkosnya. Satu pusingan RM50. :) Tapi, tak terfikirpun untuk duit, almaklumlah, dah terbiasa hidup membuat kerja amal dan aktiviti sukarela. Pengalaman itu yang lebih penting. Saya memberi manfaat kepada peserta dan peserta memberi manfaat semula kepada saya. :) Saling mencari dan menambah pengalaman.

#UM tewas di peringkat awal. Ramai pelajar fakultiku. :) (Naufal,Aziz Rekan dan Azuhan)

0 Respon & Komen: